Wednesday, July 29, 2015

Roommates ku Mahir, Nurul & Zati !



Insan insan istimewa yg berkongsi bilik dgn saya. 
Nor Mahirah Tajuddin, Nurul Fatihah Idris & Zati Akhtar Othman. 
Bermacam ragam dan perangai, tp mereka tetap yg terbaik. 

Terima kasih korang sbb bersabar dgn sue. Sue tahu sue bukanlah roommate yg baik. Asyik hanyut dlm dunia sendiri. Terima kasih atas segala nasihat dan teguran. Terima kasih utk semua bantuan saat sue susah. Terima kasih kerana menerima sue seadanya. Terima kasih atas masa yg diluangkan bersama. Semua vacations bersama. I'm gonna miss you guys!


Dua dari timur, dua dari utara. 
Gadis Kedah, Gadis Besut, Gadis Perak dan Gadis Terengganu.
Semoga persahabatan tak putus disini. Sampai beranak cucu pun masih bersahabat ya!

Zati dgn sifatnya yg kurang bercakap, tapi sekali berkata-kata, petahnya dgn info2 korea. Ilmunya terhadap conservation juga terbaik! Mempunyai semangat yg besar. Minatnya terhadap konservasi dan cintakan alam sekitar membuatkan dia sanggup mengumpul barangan utk dikitar semula. Sedikit sebanyak memberi inspirasi kpd sy utk turut mengamalkan amalan 3R dlm kehidupan seharian. Seorang yg sgt simple dan sgt santai. Yg kadang2nya buat kita stress dek kesantaiannya. Sgt rileks! Kerjanya sering saja last minute tapi tetap saja mantap. Study week dgn menonton drama korea dan runningman, tp tetap saja Dean List! Murah rezekinya. Semoga terus dimurahkan rezeki ya Zati dan menjadi org yg berjaya! Zati ni jarang bg kata2 sweet. Ego katanya. Tapi bila sy perlukan kata nasihat, dialah yg selalu bg kata2 bernas yg buat sy kembali bersemangat. Itulah sahabat, walaupun dia bukan asalnya sweet yg mampu beri kata2 dgn penuh kasih syg, tp kata2 nasihatnya, kata2 semangatnya tetap berkesan. Dialah juga yg sering bg input2 agama kpd sy kerana sejujurnya sy jahil bab agama. Tambahan pula Zati bersekolah agama dulu. Pastinya ilmunya lebih jika dibandingkan dgn sy. Terima kasih ya Zati! 

Mahir dgn sifatnya yg sgt ketenteraan! Hahaha. Otai orgnya tapi sgt jujur dlm meluahkan. Apa yg mahu ditegur, disampaikan direct saja. Inilah sahabat yg sebenar. Walaupun tegas dan direct, dia tak pernah simpan dan kutuk dari blkg. Kalau tak suka, terus saja dibilang tak suka. Sejujurnya, saya takut pd Mahir. Haha. Dia sgt tak suka kalau kita merungut hal yg kecil2. Akan dimarahnya direct. 

Kisahnya, dulu saya langsung tak berani utk mengisi minyak petrol kereta. Saya akan mencari Stesen Petrol yg mempunyai pekerja saja utk membantu sy mengisi minyak. Pernah satu hari, saya bersama Mahir ke stesen petrol Shell utk mengisi minyak sebelum ke Pulau Pinang. Takutnya saya dimarah Mahir kerana tak tahu isi minyak kereta, maka saya pandai2 lah mengisi minyak sendiri. Terbayang-bayang dalam minda kalau2 Mahir marah ni mesti dia cakap; "Ko pakai kereta dah berapa lama takkan isi minyak pun tak reti?!
Seram sejuk dibuatnya memikirkan kalau dimarah Mahir maka saya menggigihkan diri mengisi minyak walau tangan terketar-ketar. Sejak itulah juga, saya tidak lagi takut  mengisi minyak sendiri! Hahaha. Hebat kan? Kalau bukan kerana Mahir dan sifatnya yg garang, pasti skrg sy masih lagi tak berani mengisi minyak kereta sendiri! Terima kasih Sarjan Mahir!

Nurul orangnya kecil molek, tapi merupakan seorang yg berjiwa besar. Seorang kakak yg sgt matang. Kalau bercakap, nampak matang dan realistiknya. Mungkin kerana dia seorang kakak kepada adik-adik yg ramai, dia sgt bertanggungjwb dlm segala aspek. Tegas juga kalau dibandingkan dgn sy yg entah apa2 ni. Kalau marah, dia diamkan saja, tp sekali keluar. Perit telinga dek suara high pitch nya! Sgt berkelebihan dlm penternakan. Seorang ibu yg penyayang terhadap anak2 puyuhnya! Haha. Hebat juga dalam bidang sukan. Bila berlari, wuishh lajuuu! Kecik saja tp kakinya sado bak atlet bina badan. Nurul membesar dari keluarga yg susah. Ceritanya ttg bagaimana hidupnya dulu2 kdg2 membuka minda sy, betapa sy perlu bersyukur dlm hidup. Kita byk merungut dlm hidup, kdg2 kita tak sedar org lain lebih susah dari kita. Tp mereka masih mampu utk survive dan buktikan pd org lain yg mereka juga boleh berjaya. Terima kasih Nurul atas perkongsian yg byk teladannya!  

Menyertai Peskorace bersama-sama.

Karakter berbeza-beza, tapi tetap ada persamaan kami. Kami sukakan haiwan dan kucing, sukakan adventure dan suka berjalan-jalan (travelling)!
Seronok ada mereka sbgai roommate. Kalau diajak kemana-mana, pasti "on" saja. Masa skrg lah nk mengumpul kenangan bersama kawan2. Nanti boleh dikongsi cerita kepada anak2. Kalau ditanya, sejujurnya merekalah roommate saya yg terbaik!  

Seronok menang tempat kedua. The power of roommates!

Kita dah final year, lepas ni practical dan graduate. Entah bila kita akan bersua lagi lepas tamat di UMK? Mesti Sue rindu dgn korang. Rindu telatah korang. Saat-saat gembira bersama. Saat Sue dan Zati dibuli kerana "blur" dan "Lampi". Walau apapun korang buat lepas tamat pengajian nnt, sambung Master atau kerja, Sue doakan kita sama2 berjaya ya! Semoga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan. Sue minta maaf ya kalau ada buat korang tak senang atau terasa hati. Maaf yg kalau perangai Sue buat korang rasa annoying. 
Harap kita bersahabat hingga ke Jannah! InsyaaAllah!
I love you! 

Don't count on the number of FRIENDS you have, but the number of friends YOU CAN COUNT ON.

Wednesday, July 22, 2015

Sahabatku Maya, Syaz dan Bawani.


Pejam celik pejam celik, tersedar yg diri ni dah final year. 
Cepatnya masa berlalu. Tanpa sedar, dah hampir 4 tahun kita bersahabat.
Saya tak punya ramai kawan. Tapi cukup buat saya diAnugerahkan 3 sahabat yg ada bersama saya selama saya menuntut ilmu di UMK. Sahabat yg baik, yg sentiasa memberi semangat dan nasihat. Sentiasa mendengar luahan hati saya.

Maya, Syaz dan Bawani. Maafkan saya andai sepanjang kita bersahabat, saya ada buat korang terasa hati. Tak senang dgn perangai saya. Saya minta maaf andai ada bergurau kasar. Sejujurnya, niat saya cuma ingin menghiburkan hati korang. Saya tak punya apa. Cukup andai saya mampu menceriakan korang. 


Maya Liyana & Nur Syazlina. 
Terima kasih sbb byk bantu Sue. Walaupun kita tak lagi sebilik, tapi korang berdua lah yg paling byk mendengar luahan hati, perasaan Sue yg tak menentu tu, haha. Seriously Sue sayang korang. Seriously Sue terhutang budi dgn korang. Birthday Sue setiap tahun korang sambut. Sue minta maaf kalau Sue bukan sahabat yg baik. Tp Sue nk korang tahu, Sue sentiasa doakan korang sentiasaaaaa sihat, ceria dan yg paling penting, berjaya dlm apa jua yg korang ceburi.

Maya, you are a great singer and actor. Bukan tu saja, awk seorang yg rajin, kuat semangat, dan seorang yg penyayang. Awklah yg jaga saya kalau saya sakit. Awk tak pernah biarkan kwn2 awk kesakitan. Awk sentiasa concern pd kwn2. Saya tahu, hati awk byk terluka sbb kwn2. Saya juga mungkin pernah buat awk terluka tanpa sengaja. Andai benar, seikhlas hati saya mohon ampun dari awk. Awk kakak yg baik. Saya sentiasa rasa selamat dgn awk. Terima kasih Maya. Terima kasih utk segalanya. Terima kasih utk segala nasihat dan sokongan yg awk pernah bagi.

Syaz, you are a great dancer. You may look fragile, but I know you have a big heart. Saya ingat lagi, awal2 dulu, awk tak nk sambung UMK. Tapi terpaksa. Saya bangga dgn awk, you made it Syaz. It's our final year. Dan, awk dh buktikan pd parents awk yg awk boleh dpt Dean List. Awk seorang yg hebat sbnrnya syaz. Tp awk tak yakin. Tapi sbnrnya awk boleh lebih dari apa yg awk fikirkan. Syaz, jgn cengeng2 ya! Heheh. Takmo nangis2. Kena kuat dan buktikan pd adik beradik dan parents awk, yg awk nnt boleh jd anak yg meringankan beban keluarga. Sikit lagi! Yang penting, yakin yg awk boleh!


And this is Bawani Selvam. 
She's Indian. But she respect other races and religions. Saya sgt selesa berkawan dgn Bawani. She's a top student, great singer (she sings Siti Nurhaliza's songs!) and a very kind hearted person. She inspires me to do well in studies. Bawani akan marah kalau tak buat assignment elok2! haha. Dialah yg byk membantu tatkala saya tak paham dlm belajar. Dia tak pernah kedekut ilmu.

Bawani, thanks for everything. Nothing can describe you. You're just great. I know you have a big dream. And I believe you can make it. We share almost everything. And I trust you. Haha. Thanks for all the motivations, segala nasihat dan didikan! You're a great tutor! I'm gonna miss all the jokes, stupid stories and everything. And don't forget our life goal, to be fit and healthy!  

Dalam gua bersama!
 Seriously I'm gonna miss you guys!
Kalau fieldtrip mesti saya nak cari korang! Hahaha. 
Mana nak cari sahabat mcm engkorang ni. 
Berkayak bersama!

Bulan depan dah last kita kehulu kehilir utk siapkan FYP (Final Year Project). Duduk bersama, survive bersama. Seriously gonna miss this moment. Sedih pulak rasa.. :'(
Banyak kenangan bersama. Hope kekal bersahabat sampai ke anak cucu. Mana tahu boleh jadi besan. Hahaha.

 Next sem dah last boleh study group dgn Miss Bawani Selvam ni. I'm gonna miss sitting next to you in class and be with you wherever we go for fieldtrip. Lecturer pun dh kenal Bawani & Sue Kz tak dapat dipisahkan in class. Haha. Thanks for being my super best friend! Thanks for supporting me in everything! Hopefully dapat Anugerah Dekan bersama sama lagi!

May God bless my friends always and forever! 
Jangan lupa insan yg bernama Sue Kz ya! 

Memaafkan dan Sahabat

Bercerita pasal sahabat, saya bukanlah seorang yg mempunyai kawan yg ramai.
I like it to be small and meaningful. Saya tak juga ada geng. Lone ranger org kata.
Entahlah. Bukan anti social, tp..saya tak suka terlalu rapat dgn sesiapa. Sbb yg rapat sgt tu lah yg buat byk terasa hati. Tapi, itu semua adat la dlm berkawan. Terasa hati itu cumalah proses dlm mengenali seorang sahabat. Bila kita dpt menerima kelemahan dan kekurangan sahabat kita tu, inshaaAllah kita akan bersahabat selamanya. 

Dalam kelas, saya kurang percaya pd org. Entahlah, serik. Terlalu baik juga dipijak org. Lebih baik sy berpegang pd prinsip saya, biarlah tak rapat, asalkan saya tak bersangka buruk pada sesiapa, tak membenci siapa2. Saya tetap sayang pd rakan2 sekelas walaupun secara jujurnya, saya tak begitu mengenali mereka. Saya lebih suka begitu. Biar saya tak tahu sifat buruk sesiapa. Biar saja saya bersangka baik pada semua org. Lebih tenang begitu.

Kadang2 saya pelik, ada manusia yg suka membenci org lain sedangkan dia sendiri tak begitu mengenali org yg dibenci. Begitu mudah sekali membenci org. Apatah lagi yg membenci sahabat sendiri. Kenapa mesti kita membenci org lain tanpa langsung mengenalinya? Tanya hati kita. Kenapa kita suka membenci org? Kenapa kita ajar hati kita membenci org? Cuba tanya diri kita, apakah bahagia hati kita dgn membenci org?

Sejujurnya, saya langsung tidak pernah tenang dgn membenci org. Tipulah kalau saya katakan saya tidak pernah membenci org. Saya cuma manusia biasa. Saya pernah membenci. Tapi saya tak pernah merasakan ketenangan. Sentiasa rasa marah, ditambah tambah hasutan syaitan didalam hati. Langsung tidak aman. Sehinggalah saya membuat keputusan, utk memaafkan dan meminta maaf. Allahu. Begitu benar Islam mengajar umatnya utk tidak saling benci membenci. Lain sekali perasaannya apabila kita memaafkan org lain. Allah bg kita satu ketenangan. Terhapus bara hati yg membakar perasaan selama ni. Itu saja caranya utk merawat hati yg sakit. Dgn memaafkan. 

Cubalah. Ia berkesan.


Monday, July 13, 2015

Sister's Wedding

 Sbnrnya event ni dh 2 tahun berlalu. Tp tetap rasa nk post. Sbb terjumpa gambar ni dlm pendrive.
Hanya ada beberapa gambar morning preparation and decorations. Ala2 country mix decorationnya. Wedding aku nnt tak tahulah mcm mana. Rasanya nk buat country style jugak. But better than this. 
Haha. Berangan! Lambat lagi nak kawennye.

 The flower girls. Comel jugak anak2 buah aku ni. 


 Ni pelamin. Bukan utk persandingan pun. Sekadar bergambar kenangan. Ibu mmg tak bg bersanding sandingan. Sekadar yg wajib katanya. 

 Disebabkan rumah aku dalam woods, haha..Terpaksa pakai belon supaya guest senang nk detect. 


My happy family <3

 With my eldest sister. Bongsu dan sulong. Takyah tanya kenapa tak sama. Mmg kitaorg muka lain lain pesennya.

 Kak mimi & husband <3

Walaupun dah 2tahun, still nk congratulate Acik. 
Maybe lebih kpd congratulate to the mummy to be.
My sister is married to a Cambodian. Well, cinta dua negara. Haha.
Maybe I can marry a European or Australian? Who knows? Nak juga cinta dua benua. Haha! 
kbai.

Wednesday, July 1, 2015

It's Complicated


Kadang-kadang, kau sendiri tak faham apa yg bermain dalam hati kau. 
Apa sebenarnya yg kau nak? 
Kadang-kadang berbelah bahagi. Celaru. Saat tu kau akan rasa buntu. 
Kadang-kadang, benda kau nak tulah benda yg kau tak boleh dapat. Macam mana?
Usah ditanya. Sbb kau sendiri tak ada jawapan. 
Biarkan saja. 

Setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya. Kau takkan nampak skrg. Tapi satu hari nanti. When it's meant for your to see it clearly. It will. 

P/S: Zac Efron mohon jgn hensem sgt. Bertambah celaru jiwa raga. LOL. hahaha!

Wednesday, May 13, 2015

Happy Evening at UMK Jeli Campus Pond

Throwback. Our illegal activities at campus.
Hahaha. The pond wasn't meant for any water sports activity actually. But we did on one beautiful evening. It was during our final examination week. Enjoying our evening to the max! 


With Nurul, one of my roommate.
Our kayaking activity became such an attention to many other students nearby the pond watching us happily paddling the kayak. Some of them asking how to join the Kayak club (even though we're not from any club). Many students  were interested. And we're like... "oh the club is on its way to be approved. Just wait for the next semester and don't forget to register!" Hahaha. It was fun. Not knowing that it was illegal! 

Those innocent rule breakers!
Hahaha. We're always up with crazy plans. 2 rooms with 4 roommates each room. 8 of us. Good friends since Kolej Mara Kulim. Mimi, Tini, Bie & Nini together with my roommates Mahir, Nurul & Zati. Thanks to Anis Asyiella for supplying these kayaks. 


Just after a week, there's a notice from UMK sounds like.. "Dilarang berenang, berkayak, memancing atau melakukan aktiviti air tanpa kebenaran." Hahaha. Okay.

Anyway we enjoyed the riadah. No doubt. 

Wednesday, April 22, 2015

Sue Kz - Always a traveler.


Life is an adventure. 
Take a risk to explore and enjoy the journey of your adventures!
Nature is where I belong. Nature is home.