Sunday, August 11, 2013

Family Gathering & BBQ Dinner with Family Musical Performance -3rd Syawal-

Raya ketiga, kami menjadi tuan rumah.
Family gathering belah ayah. Wan Su's Generations.
Sememangnya, family belah ayah sangat besar dan sungguh berdarah seni. Sehinggakan saya pun terkena tempias seni turun temurun tu. Tempias saja. Tak banyak. Hehe.

Rumput pun belum tumbuh lagi.
Full house.
Family gathering was held at our backyard. Depan nampak macam tak ada org. Tapi...
cuba tgk backyard. Hahaha.
 Inilah keadaannya. Riuh rendah dibelakang.
Grilled chicken bbq

Kambing panggang

Tuan rumah memastikan kambing dipanggang dgn enak.


Family hall tempat family berehat-rehat bersama.
Design rumah semua arkitek & designer dari keluarga ayah.
 


Musical Perfomance setup.
PokSuMin, Wan Ruzmin. Adik bongsu ayah. Juga hebat dlm muzik.

Ayoh Li. Wan Rosli. Adik ayah, guru muzik.

Ayah & ahli keluarganya.
 Adik ayah, Wan Hanafi. Kalau dalam cerita Merong Mahawangsa, dia ketua jahat.
Tapi dalam keluarga, dia uncle yg kami panggil ayah do. Uncle yg sgt supportive kalau ada anak sedara yg berbakat seni. :)



Nilah serba sedikit al-kisah family ayah.
Saya bertuah menjadi generasi anak cucu cicit Wan Su.
Menjadi seorang cucu kepada tokoh seni ukir negara, Tuan Haji Wan Su b. Othman.
Siapa sangka berketurunan seorang tokoh yg dikenali para seniman?

Wan Su Othman
 Salah seorang blogger telah menulis serba sedikit tentang tok wan saya di blognya.
http://jejakmihrabmimbar.com/khazanah-di-alam-melayu/5332/

Boleh juga google nama "Wan Su Othman" utk membaca lebih lanjut.
Walaupun beliau sudah pergi menghadap Ilahi, namun nama & kejayaan tok wan tetap menjadi kebanggaan generasi turun temurun. Pesan tok wan supaya hubungan kekeluargaan generasi keturunannya dijaga, akan selalu kami pegang. InsyaAllah mudah-mudahan berkekalan.
 

Happy Eid 2013 -1st Syawal-

Tahun ni first time beraya dirumah sendiri with complete family members.
Sangat penat menjadi tuan rumah. Tak larat bila tetamu yg ziarah dtg tak putus-putus. 
Namun, keseronokan tetap dirasa kerana masa ini lah nak bersama semua sanak-saudara.

Complete KZ's family.

Happy style. Ibu & Ayah so comel. ^_^
Lepas Sembahyang Raya, terus balik bergambar. Ada jugak yg spoiled moodnya time-time mcm ni 
(yg atas dukung ayahnya, Dr.Hilmi tu my niece, Iman Husna & my nephew kt bwh tu, Hasif Wajdi. Sorang moody sbb tudung, and sorang lagi tu moody taknak pakai jubah. Hahaha. Macam-macam.)

Parents & Siblings.
Sue ada 6 orang adik-beradik. Yang sulung, kakak yg berdiri kiri sekali. Yang kedua, kakak yg berjubah hitam sebelah ibu. Yang ketiga abang berbaju biru sebelah ayah. Yang keempat kakak yg berdiri kanan sekali bertudung rainbow. Yang kelima abang segak berjubah ditengah. Dan yg bongsu itu saya yg duduk kt bawah. 

1. Munyati
2. Zatur Rawihah
3. Nasrul Zaman
4. Anis Syahirah
5. Adli Zaman
6. Adilah Suhailin

Single mother & her 2 kids.
Aisya Humayrah & Muhammad Irsyad Mukhlis.

 My 2nd sis with her husband, Dr. Hilmi & kids.
NurHanan Safiya, Hasif Wajdi, NurIman Husna & Iyaas Hakim.

 My brother with his wife, Nurul Syahida & kids.
Syiffa' Amni & Syaffi Ayra.

The Singles but no longer available. Haha.
Siblings yg ketiga kebawah. The babies la kononnya. Tapi semua dh nk jadi mak bapak baby dh. 

Lepas beraya dgn saudara terdekat, beraya pulak dgn family jauh-jauh. Dengan dua tiga empat pupu. Kupu-kupu lah senang.
 
Melawat saudara jauh. Rumah dia dekat dgn Sungai Besut.



SEPETANG RAYA DI PANTAI BUKIT KELUANG.

Adegan melompat-lompat ni wajib setiap tahun bersama sepupu sepapat.

Abang perasan katang dan perasan handsome.
Semua pakat turun pantai petang raya. Sesi bergambar.
 Begitulah al kisah 1 syawal tahun 2013. Seronok dapat berkumpul sekeluarga.
Harap hubungan kekeluargaan Mansorians ni akan kekal selamanya!
Mansorians ni keluarga belah ibu. Mansorians sempena nama arwah atok Mansor, ayah kpd ibu.

Thursday, August 1, 2013

Inspirasi Prof. Dr. Muhaya

 Kata-kata & pesanan dari Prof Muhaya sungguh menyentuh jiwa saya. 
Sangat suka kata-kata Prof Muhaya. Pesanan yg sungguh membina. 

Salah satu kata-kata Prof Muhaya yg saya suka;
"Apa yg kita fokus, itu yg kita dapat. Andai negatif, negatiflah hidup kita. Andai positif, positiflah hidup kita."
Maka sekarang saya pun nak fokus utk sesuatu.
Fokus utk menjadi seperti beliau. 
Seseorang yang mampu memberi inspirasi & motivasi kepada orang lain.

Saya ingin berjaya seperti beliau, dan byk memberi inspirasi & motivasi kepada org lain.
InsyaAllah.

Kata-kata Prof Muhaya: