Wednesday, July 22, 2015

Memaafkan dan Sahabat

Bercerita pasal sahabat, saya bukanlah seorang yg mempunyai kawan yg ramai.
I like it to be small and meaningful. Saya tak juga ada geng. Lone ranger org kata.
Entahlah. Bukan anti social, tp..saya tak suka terlalu rapat dgn sesiapa. Sbb yg rapat sgt tu lah yg buat byk terasa hati. Tapi, itu semua adat la dlm berkawan. Terasa hati itu cumalah proses dlm mengenali seorang sahabat. Bila kita dpt menerima kelemahan dan kekurangan sahabat kita tu, inshaaAllah kita akan bersahabat selamanya. 

Dalam kelas, saya kurang percaya pd org. Entahlah, serik. Terlalu baik juga dipijak org. Lebih baik sy berpegang pd prinsip saya, biarlah tak rapat, asalkan saya tak bersangka buruk pada sesiapa, tak membenci siapa2. Saya tetap sayang pd rakan2 sekelas walaupun secara jujurnya, saya tak begitu mengenali mereka. Saya lebih suka begitu. Biar saya tak tahu sifat buruk sesiapa. Biar saja saya bersangka baik pada semua org. Lebih tenang begitu.

Kadang2 saya pelik, ada manusia yg suka membenci org lain sedangkan dia sendiri tak begitu mengenali org yg dibenci. Begitu mudah sekali membenci org. Apatah lagi yg membenci sahabat sendiri. Kenapa mesti kita membenci org lain tanpa langsung mengenalinya? Tanya hati kita. Kenapa kita suka membenci org? Kenapa kita ajar hati kita membenci org? Cuba tanya diri kita, apakah bahagia hati kita dgn membenci org?

Sejujurnya, saya langsung tidak pernah tenang dgn membenci org. Tipulah kalau saya katakan saya tidak pernah membenci org. Saya cuma manusia biasa. Saya pernah membenci. Tapi saya tak pernah merasakan ketenangan. Sentiasa rasa marah, ditambah tambah hasutan syaitan didalam hati. Langsung tidak aman. Sehinggalah saya membuat keputusan, utk memaafkan dan meminta maaf. Allahu. Begitu benar Islam mengajar umatnya utk tidak saling benci membenci. Lain sekali perasaannya apabila kita memaafkan org lain. Allah bg kita satu ketenangan. Terhapus bara hati yg membakar perasaan selama ni. Itu saja caranya utk merawat hati yg sakit. Dgn memaafkan. 

Cubalah. Ia berkesan.


No comments:

Post a Comment