Wednesday, July 29, 2015

Roommates ku Mahir, Nurul & Zati !



Insan insan istimewa yg berkongsi bilik dgn saya. 
Nor Mahirah Tajuddin, Nurul Fatihah Idris & Zati Akhtar Othman. 
Bermacam ragam dan perangai, tp mereka tetap yg terbaik. 

Terima kasih korang sbb bersabar dgn sue. Sue tahu sue bukanlah roommate yg baik. Asyik hanyut dlm dunia sendiri. Terima kasih atas segala nasihat dan teguran. Terima kasih utk semua bantuan saat sue susah. Terima kasih kerana menerima sue seadanya. Terima kasih atas masa yg diluangkan bersama. Semua vacations bersama. I'm gonna miss you guys!


Dua dari timur, dua dari utara. 
Gadis Kedah, Gadis Besut, Gadis Perak dan Gadis Terengganu.
Semoga persahabatan tak putus disini. Sampai beranak cucu pun masih bersahabat ya!

Zati dgn sifatnya yg kurang bercakap, tapi sekali berkata-kata, petahnya dgn info2 korea. Ilmunya terhadap conservation juga terbaik! Mempunyai semangat yg besar. Minatnya terhadap konservasi dan cintakan alam sekitar membuatkan dia sanggup mengumpul barangan utk dikitar semula. Sedikit sebanyak memberi inspirasi kpd sy utk turut mengamalkan amalan 3R dlm kehidupan seharian. Seorang yg sgt simple dan sgt santai. Yg kadang2nya buat kita stress dek kesantaiannya. Sgt rileks! Kerjanya sering saja last minute tapi tetap saja mantap. Study week dgn menonton drama korea dan runningman, tp tetap saja Dean List! Murah rezekinya. Semoga terus dimurahkan rezeki ya Zati dan menjadi org yg berjaya! Zati ni jarang bg kata2 sweet. Ego katanya. Tapi bila sy perlukan kata nasihat, dialah yg selalu bg kata2 bernas yg buat sy kembali bersemangat. Itulah sahabat, walaupun dia bukan asalnya sweet yg mampu beri kata2 dgn penuh kasih syg, tp kata2 nasihatnya, kata2 semangatnya tetap berkesan. Dialah juga yg sering bg input2 agama kpd sy kerana sejujurnya sy jahil bab agama. Tambahan pula Zati bersekolah agama dulu. Pastinya ilmunya lebih jika dibandingkan dgn sy. Terima kasih ya Zati! 

Mahir dgn sifatnya yg sgt ketenteraan! Hahaha. Otai orgnya tapi sgt jujur dlm meluahkan. Apa yg mahu ditegur, disampaikan direct saja. Inilah sahabat yg sebenar. Walaupun tegas dan direct, dia tak pernah simpan dan kutuk dari blkg. Kalau tak suka, terus saja dibilang tak suka. Sejujurnya, saya takut pd Mahir. Haha. Dia sgt tak suka kalau kita merungut hal yg kecil2. Akan dimarahnya direct. 

Kisahnya, dulu saya langsung tak berani utk mengisi minyak petrol kereta. Saya akan mencari Stesen Petrol yg mempunyai pekerja saja utk membantu sy mengisi minyak. Pernah satu hari, saya bersama Mahir ke stesen petrol Shell utk mengisi minyak sebelum ke Pulau Pinang. Takutnya saya dimarah Mahir kerana tak tahu isi minyak kereta, maka saya pandai2 lah mengisi minyak sendiri. Terbayang-bayang dalam minda kalau2 Mahir marah ni mesti dia cakap; "Ko pakai kereta dah berapa lama takkan isi minyak pun tak reti?!
Seram sejuk dibuatnya memikirkan kalau dimarah Mahir maka saya menggigihkan diri mengisi minyak walau tangan terketar-ketar. Sejak itulah juga, saya tidak lagi takut  mengisi minyak sendiri! Hahaha. Hebat kan? Kalau bukan kerana Mahir dan sifatnya yg garang, pasti skrg sy masih lagi tak berani mengisi minyak kereta sendiri! Terima kasih Sarjan Mahir!

Nurul orangnya kecil molek, tapi merupakan seorang yg berjiwa besar. Seorang kakak yg sgt matang. Kalau bercakap, nampak matang dan realistiknya. Mungkin kerana dia seorang kakak kepada adik-adik yg ramai, dia sgt bertanggungjwb dlm segala aspek. Tegas juga kalau dibandingkan dgn sy yg entah apa2 ni. Kalau marah, dia diamkan saja, tp sekali keluar. Perit telinga dek suara high pitch nya! Sgt berkelebihan dlm penternakan. Seorang ibu yg penyayang terhadap anak2 puyuhnya! Haha. Hebat juga dalam bidang sukan. Bila berlari, wuishh lajuuu! Kecik saja tp kakinya sado bak atlet bina badan. Nurul membesar dari keluarga yg susah. Ceritanya ttg bagaimana hidupnya dulu2 kdg2 membuka minda sy, betapa sy perlu bersyukur dlm hidup. Kita byk merungut dlm hidup, kdg2 kita tak sedar org lain lebih susah dari kita. Tp mereka masih mampu utk survive dan buktikan pd org lain yg mereka juga boleh berjaya. Terima kasih Nurul atas perkongsian yg byk teladannya!  

Menyertai Peskorace bersama-sama.

Karakter berbeza-beza, tapi tetap ada persamaan kami. Kami sukakan haiwan dan kucing, sukakan adventure dan suka berjalan-jalan (travelling)!
Seronok ada mereka sbgai roommate. Kalau diajak kemana-mana, pasti "on" saja. Masa skrg lah nk mengumpul kenangan bersama kawan2. Nanti boleh dikongsi cerita kepada anak2. Kalau ditanya, sejujurnya merekalah roommate saya yg terbaik!  

Seronok menang tempat kedua. The power of roommates!

Kita dah final year, lepas ni practical dan graduate. Entah bila kita akan bersua lagi lepas tamat di UMK? Mesti Sue rindu dgn korang. Rindu telatah korang. Saat-saat gembira bersama. Saat Sue dan Zati dibuli kerana "blur" dan "Lampi". Walau apapun korang buat lepas tamat pengajian nnt, sambung Master atau kerja, Sue doakan kita sama2 berjaya ya! Semoga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan. Sue minta maaf ya kalau ada buat korang tak senang atau terasa hati. Maaf yg kalau perangai Sue buat korang rasa annoying. 
Harap kita bersahabat hingga ke Jannah! InsyaaAllah!
I love you! 

Don't count on the number of FRIENDS you have, but the number of friends YOU CAN COUNT ON.

No comments:

Post a Comment